Wednesday 24 June 2015

TUTORIAL : Meletakkan KATAK BIRU di Desktop Anda.

Di sini saya mahu kongsikan satu tutorial mudah yang berkaitan dengan Frog VLE. Pasti anda mahu sentiasa akses ke dalam 1bestarinet bukan? Yea.. saya pasti kerana sekolah kita akan memberikan yang terbaik dalam melaksanakan apa yang telah disediakan oleh kementerian kita.

Hari ini kita akan belajar bagaimana kita mahu tetapkan icon logo frog vle di paparan pc dan laptop kita seperti gambar dibawah. Comelkan ada katak biru di paparan pc atau laptop kita. hehe...




Baiklah, kita terus kepada tutorial kita pada hari ini.

1. Buka Google Chrome dan pergi web 1Bestarinet. Pautannya ada disediakan di sidebar pada blog ini.

2. Masukkan Yes ID dan Password anda. Paparan site anda dan sekolah akan terpapar setelah anda login.

3. Pergi dan klik pada bahagian Customize and Control Google Chrome seperti yang ditunjukkan pada gambar.



 4. Pergi kebahagian 'more tools' dan klik pada 'create application shortcuts...'



5. Paparan seperti dibawah akan muncul. Anda boleh pilih untuk meletak icon logo pada 'Desktop', 'Start Menu' dan 'Pin to Taskbar' dan klik 'Create'. 



6. Ta daa.... desktop anda sudah ada katak biru yang comel. Selamat mencuba semua.

No comments:

Post a Comment