Thursday 6 October 2016

Sambutan Hari Kanak-Kanak Bersama Bank Rakyat

Khamis lepas SK Taman Suria telah mengadakan sambutan hari kanak-kanak bersama Bank Rakyat selepas waktu rehat sekolah. Aktiviti yang dilakukan ialah pertandingan mewarna dan menyanyikan lagu bersama sama.

Majlis penyampaian hadiah dilakukan dan diberikan kepada 10 murid terbaik lukisannya mengikut tahap. Sebelum tamat, murid murid melakukan chicken dance bersama Nuri(maskot bank rakyat).

Murid murid menerima goodies dan aiskrim sebagai hadiah dan perkongsian kegembiraan.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program.





Tuesday 4 October 2016

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah


Nantikan hari sukan negara peringkat sekolah.

Aturcara:
1. Pendaftaran kehadiran
2. Senamrobik
3. Karnival sukan permainan
     a. Bola sepak pelikat
     b. Galah panjang
     c. Chapteh
4. Penyampaian hadiah.

KE ARAH NEGARA BERSUKAN
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


Sunday 2 October 2016

Sukan Tahunan Sekolah 2016

Pada 29 September 2016 lepas, Sekolah Kebangsaan Taman Suria telah mengadakan Sukan Tahunan sekolah seperti tahun-tahun sebelum ini. 

Terdapat 4 buah rumah sukan yang bertanding di dalam acara sukan ini. 4 rumah sukan tersebut ialah Merah(Suria Juara), Biru(Suria Gagah), Hijau(Suria Jaguh) dan Kuning(Suria Wira).

Antara acara yang dipertandingkan ialah lari 100m, 200m, 4X100m, 4X200m, lompat jauh, lompat tinggi, rejam lembing, dan lontar peluru.

Disamping itu, terdapat juga pertandingan perbarisan, khemah tercantik dan maskot.
Terdapat juga acara sukaneka untuk murid-murid prasekolah, pendidikan khas dan murid tahun 1 dan 2. Acara untuk ibu bapa dan guru juga disediakan.

Untuk 2016:

Johan Keseluruhan : Rumah Biru
Johan Hiasan Khemah : Rumah Biru
Johan Perbarisan : Rumah Biru
Johan Maskot : Rumah Hijau
Anugerah Olahragawan : Muhammad Nabil (Rumah Kuning)
Anugerah Olahragawati : Nor Izzati (Rumah Kuning)

ini menunjukkan rumah biru membolot semua hadiah yang dipertandingkan. Tahniah untuk rumah biru, Cuba lagi untuk rumah lain.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Gambar-gambar hari sukan sekolah:


 Rumah merah juara.

Wednesday 24 February 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 21

Kami wakil guru dan ajk PIBG SK TAMAN SURIA ingin menjemput dan seterusnya mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke Mesyuarat Agung PIBG SK TAMAN SURIA Kali ke-21 untuk tahun 2016. Segala butirannya seperti berikut:

Tarikh: 27 Februari 2016
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pagi
Bertempat di DEWAN TERBUKA, SKTS

Majlis akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Hj Shahrir bin Hj Abdul Samad (Parlimen Johor Bahru)

Kehadiran Tuan/Puan amat kami hargai.