Sunday 2 October 2016

Sukan Tahunan Sekolah 2016

Pada 29 September 2016 lepas, Sekolah Kebangsaan Taman Suria telah mengadakan Sukan Tahunan sekolah seperti tahun-tahun sebelum ini. 

Terdapat 4 buah rumah sukan yang bertanding di dalam acara sukan ini. 4 rumah sukan tersebut ialah Merah(Suria Juara), Biru(Suria Gagah), Hijau(Suria Jaguh) dan Kuning(Suria Wira).

Antara acara yang dipertandingkan ialah lari 100m, 200m, 4X100m, 4X200m, lompat jauh, lompat tinggi, rejam lembing, dan lontar peluru.

Disamping itu, terdapat juga pertandingan perbarisan, khemah tercantik dan maskot.
Terdapat juga acara sukaneka untuk murid-murid prasekolah, pendidikan khas dan murid tahun 1 dan 2. Acara untuk ibu bapa dan guru juga disediakan.

Untuk 2016:

Johan Keseluruhan : Rumah Biru
Johan Hiasan Khemah : Rumah Biru
Johan Perbarisan : Rumah Biru
Johan Maskot : Rumah Hijau
Anugerah Olahragawan : Muhammad Nabil (Rumah Kuning)
Anugerah Olahragawati : Nor Izzati (Rumah Kuning)

ini menunjukkan rumah biru membolot semua hadiah yang dipertandingkan. Tahniah untuk rumah biru, Cuba lagi untuk rumah lain.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Gambar-gambar hari sukan sekolah:


 Rumah merah juara.


 Maskot dan perbarisan rumah hijau.

 Maskot dan perbarisan rumah kuning.

 Barisan hakim balapan.


 Maskot dan perbarisan rumah biru.






No comments:

Post a Comment