Monday 29 May 2017

Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS)




SK Taman Suria telah menyertai pertandingan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) pada tahun ini. Pihak sekolah telah melakukan pelbagai aktiviti yang menarik untuk memastikan kelestarian sekolah sentiasa terjamin. Untuk menjayakan lebih banyak program sekolah, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama dengan jaringan luar. Sehingga kini, Kelab Kitar Semula telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penggerak program penghijauan sekolah dan semua panitia telah memainkan peranan mereka dalam menjayakan Pendidikan Alam Sekitar dan penggunaan modul Kecekapan Tenaga (KT) serta Tenaga Boleh Baharu (TBB).  

No comments:

Post a Comment