Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
2. Memastikan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, bertangguungjawab dan produktif.
3. Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan bermula.
4. Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
5. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada murid, ibubapa/penjaga, masyarakat dan negara/kerajaan.
6. Memberi layanan mesra perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
7. Menentukan segala urusan, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.
8. Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

No comments:

Post a Comment